
Assalamu Alaikum .....
Dikurniakan cahaya mata, suatu yang amat berharga...mungkin tanda kejantanan terbukti... tapi pada hakikatnya aku dah terima amanah yang paling besar, Amanah Ilahi...
24hb Julai, 1999... Hari sabtu, jam 3.55ptg, aku dikurniakan cahaya pertama, seorang perempuan, seberat 2.4kg...ku beri nama Ummi Salihah (Yang sebelah kiri tu) dengan panggilan "kakak". Aku dah jadi ayah....
28hb September, 2001 hari jumaat jam 5.50ptg...lahir anak ku yang kedua, seorang lelaki seberat 2.6kg.yang ini ku beri nama Muhammad Harith Syauqi (Yang sebelah kanan tu) dengan panggilan "Abang"...
Selama 7 tahun, kami ber"usaha", akhirnya permintaan kami dimakbulkan. 22hb Mac, 2008...hari sabtu jam 5.30pagi lahirlah seorang lagi cahayamata kami, seorang perempuan...beratnya aku lupa lah pulak...diberi nama Nur Aqilah...
Semakin riuh rumah kami...
Ketika artikal ini di tulis....kami segalai lagi dikurniakan seorang cahaya mata....kali ni lelaki pulak....
Dah berselang bunga...Alhamdulillah....
28hb Oktober, 2009...jam 3.20 pagi....seorang bayi lelaki dilahirkan...ku beri nama Ahmad Hafizuddin... Gambarnya nanti aku upload...
Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment